Saturday, February 28, 2009

Alam Bukti Kebesaran Ilahi


Alam yang indah..banyak terkandung di dalamnya khazanah yang menunjukkan kebesaran ilahi. Bergantung pada umat tersebut samaada mahu melihat segalanya dengan mata kepala, mata akal atau mata hati. Jika seseorang itu memasuki hutan, apa yang dilihat oleh mata kepalanya hanyalah daun yang menghijau, haiwan liar, unggas bertebangan. Jika seseorang itu melihat dengan mata akal pula, mereka akan mengkaji untuk menggunakan sumber yang ada dan mendapat keuntungan daripadanya. Jadi, adalah penting untuk seseorang itu melihat dengan mata hati. Iaitu mata yang jarang sekali digunakan oleh kebanyakan orang. Dari mata hati kita akan melihat segala kebesaran yang terkandung di dalam alam ini. Kita akan mengakui betapa besarnya Allah yang maha Mencipta "khaliq". akan dibuka segala hijab yang membelenggu kita. Terbongkarlah segala rahsia.Segala yang terjadi akan diyakini.Semoga bertambah iman dan dicurahkan hidayah pada mereka yang tidak mengetahui.

1 feetback:

sulongbikung said...

khaliq ye bang....
suka! ;)